HADIS AKHIR ZAMAN

Bahaya Kemewahan

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.; "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasullullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai  selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasullullah saw. melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi diwaktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi diwaktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasullullah, tentunya di waktu itu kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu dihari itu".
                                                                                                                               H.R.Tirmizi