HADIS AKHIR ZAMAN

Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam

Daripada Tsauban r.a berkata: Rasullullah saw bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang menggerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan menggerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit hari itu?" Nabi saw. menjawab , "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'". Seorang sahabat bertanya: "Apakah wahan itu hai Rasullullah?" .Nabi menjawab: "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
                                                                                                               H.R. Abu Daud