HADIS AKHIR ZAMAN

Golongan Anti Hadis

Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasullullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan". (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya): Padahal apa yang diharamkan oleh Rasullullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt.".
                                                                                              H.R.Abu Daud dan Ibnu Majah