HADIS AKHIR ZAMAN

Peperangan Di Kawasan Sungai Furat (Iraq) Kerana Merebut Kekayaan

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasullullah saw. bersabda; "Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di Iraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilanpuluh sembilan dari pada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir disitu janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".
                                                                                                                H.R. Bukhari Muslim.