HADIS AKHIR ZAMAN

Hamba Menjadi Tuan Dan Terbinanya Banyak Bangunan Yang Mencakar Langit

Daripada Umar bin al-Khattab r.a (dalam sebuah hadis yang panjang)................Kemudian Jibril bertanya kepada Rasullullah saw.; "Maka khabarkan kepada ku tentang hari kiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya". Maka Jibril lalu berkata, "Kalau begitu  cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya". maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan".
                                                                                                                    H.R. Muslim.